Tiada catatan.
Tiada catatan.

PRODUK LELAKI MAYFIRST

PRODUK LELAKI MAYFIRST
SILA LIHAT DIBAWAH

MAYFIRST PROMAX CAPSULE

MAYFIRST PROMAX CAPSULE
Magic In The Capsule

LELAKI PROMAX HEBAT

MayFirst Promax Capsule
Memperkenalkan Produk Khas Untuk Lelaki yang dihasilkan daripada gabungan 8 jenis herba bermutu tinggi. Diformulasikan untuk membantu masalah kelakian, mengekalkan kesihatan prostat, menjana tenaga serta meningkatkan kesihatan menyeluruh kaum lelaki.

Fungsi Utama MayFirst Promax Capsule
1.Mengekal, meningkatkan dan mengawal atur paras hormon testosteron untuk kesihatan seksual.
2. Meningkatkan keinginan sexsual(Sexsual Drive)
3. Mengekalkan kesuburan sperma
4. Mengekalkan tenaga dan stamina untuk jangka panjang.
5. Mengembalikan keremajaan LELAKI sehingga 20 Tahun lebih MUDA.

Lain-lain Fungsi MayFirst Promax Capsule
1. Membantu mengurangkan sakit belakang, sakit pinggang, mengurangkan inflamasi saraf tulang punggung dan menguatkan buah pinggang.
2. Melancarkan pengaliran air kencing.
3. Mencegah Kanser Prostat
4. Merawat penyakit Kencing Manis, Darah Tinggi, Gaout, Sakit Jantung dan lain-lain penyakit kronik.

Gabungan 8 Herba HebatSetiap Capsule(400mg)
1. Herba Cynomorium Songaricum (70mg)
2. Semen Cuscuta Chinensis (65mg)
3.Cortex Eucommia Ulmoides (50mg)
4. Radix Panax Gingseng (45mg)
5. Radix Eurycoma Longifolia(Tongkat Ali) (45mg)
6. Fructus Tribulus terrestris (45mg)
7. Rhizoma Dioscorea opposita (40mg)
8. Fructus Lycium Barbarum(Goji) (35mg)

Diluluskan Oleh Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM)MAL08082464TC

Sukatan Pengambilan:
1. 2 biji tiap-tiap malam selama empat hari berturut-turut.
2. 1 biji selama 15 hari berturut-turut.
3. 1 biji jika perlu(dos superman) - 1 biji Promax boleh bertahan sehingga 3 hariPerlu diambil selepas makan malam

Patang : Jangan dimakan bersama air kelapa dan air tea
Harga Ahli: RM78.00
Harga Pelanggan: RM95.00
PV:39PV

MAYFIRST PROMALE

MAYFIRST PROMALE

Cegah Kanser Prostat

Pernahkah anda mengalami simptom-simptom berikut:
1. Aliran air kencing yang lemah?
2. Sukar untuk mula membuang air kecil?
3. Kerap bangun pada waktu malam untuk membuang?
4. Kencing yang tidak lawas?
5. Air kencing masih menitis walaupun telah selesai kencing?

Jika jawapan YA, anda mungkin menghidap BPH.
Benign Prostatic Hyperplasia (BPH) sering berlaku kepada lelaki berumur 50 tahun ke atas. Apabila seorang lelaki semakin meningkat usia, kelenjar prostat kian membengkak dan menjerut uretra menghasilkan simptom seperti di atas.
Kini, satu lagi produk hebat dari MayFirst yang dapat membantu mengatasi masalah anda!

Dirumus khas daripada 7 jenis herba untuk individu yang mengalami masalah prostat dan urinari. 100% ekstrak herba semulajadi yang berkualiti tinggi dengan kandungan bioaktif yang dikekalkan dengan baik melalui proses ekstrasi farmaseutikal yang berteknologi tinggi. Pengambilan Promale secara berterusan dapat membantu meningkatkan tenaga, kesihatan prostat, kesihatan tubuh, meningkatkan keyakinan diri dan meningkatkan keupayaan lelaki secara semulajadi.
Khasiat 7 herba dalam setiap kapsul, telah dijalankan kajian dan mempunyai kebaikan berikut:
Saw Palmetto, membantu untuk
• Mencegah serta melegakan masalah bengkak prostat (BPH).
• Agen anti-keradangan semulajadi untuk jangkitan saluran kencing.

Ashwaganda leaf, dikenali sebagai Ginseng India, membantu untuk
• Meningkatkan kualiti dan pengeluaran air mani (sperma).• Meningkatkan tenaga.

Stinging Nettle leaf
• Untuk penjagaan prostat dan melegakan masalah bengkak prostat (BPH).
Pumpkin Seed
• Membantu melegakan masalah urinari lelaki.• Memberi nutrien kepada prostat.
Muira Puama, membantu untuk
• Mengurangkan risiko sakit-sakit sendi.• Anti-depresi.
Tribulus Terrestris, membantu untuk
• Merangsang hormon lutenizing (LH) untuk tingkatkan paras hormon testosteron.• Merangsang penghasilan hormon testosteron.
Pygeum Africanum, membantu untuk
• Mengurangkan sakit di bahagian salur kencing.• Membantu melegakan masalah bengkak prostat (BPH).

Cara PemakananDos rangsangan/ Masalah prostat kronik:-
2 biji pagi dan 2 biji malam selepas makan selama seminggu.
Dos pengekalan:- 2 biji malam selepas makan setiap hari.

Harga Ahli:RM85.00
Harga Pelanggan: RM107.00
PV:38PV
Kandungan:30 Capsule

MayFirst Euryco Ginseng

MayFirst Euryco Ginseng

Bio-energy Booster For Men

Kesihatan lelaki bukan sahaja berkaitan reproduksi dan seksualiti bahkan kesihatan psiologi, fisiologi dan tenaga. Lelaki memerlukan 200 hingga 300 kalori lebih banyak daripada wanita sesuai dengan keadaan fizikal, pekerjaan dan metabolisme yang lebih aktif. Kepanasan badan atau peningkatan suhu bdan juga membantu kesuburan dan seksualiti lelaki.
MayFirst Euryco Ginseng diadun daripada 6 herba bermutu tinggi terpilih seperti:
1.Ekstrak Standardized Tongkat Ali (Eurycoma Longlifolia)
2.Panax Ginseng
3.Ubi Jaga (Smilax)
4.Halban (Vitex)
5.Pati Mengkudu (Morinda Citrifolia)
6.Jintan Hitam (Nigella Sativa)

Herba tersebut bertindak untuk meningkatkan daya imun tubuh, menjana tenaga yang diperlukan serta mengekalkan kesihatan berpanjangan.Diperkayakan dengan pati Kurma untuk memberi rasa yang lembut. Pati Kurma mengandungi fruktus tinggi untuk meningkatkan keupayaan mental serta memberi kalori yang diperlukan, amat sesuai diambil oleh setiap lelaki termasuk pesakit Diabetik dan Kardiovaskular.

Bahan aktif seperti Ekstrak Standardized Tongkat Ali menggalakkan peningkatan paras hormon testosteron yang meningkatkan keupayaan seksual, mengekalkan kesihatan fisiologi dan memperbaiki prestasi mental lelaki.
Sukatan Pengambilan:

Hendaklah diminum 2 sudu teh setiap pagi. Pengambilan bersama 1 biji MayFirst PROMAX setiap hari sangat digalakkan.
Harga Ahli: RM33.00
Harga Pelanggan: RM43.00

PV:21PV

KOPI EURYCO GINSENG

KOPI EURYCO GINSENG

Mari Secawan

Minuman harian untuk lelaki pro-aktif, MayFirst Kopi Euryco Ginseng yang diperkaya dengan Ekstrak Tongkat Ali (Eurycoma Longifolia) dan Panax Ginseng terpilih. Dengan aroma kopi ’Arabica’ yang ”menangkap” pasti menceriakan hari anda.

Kandungan:
Kopi Arabica
– kopi premium yang ditanam di kawasan tanah tinggi.
Tongkat Ali – herba untuk lelaki. Membantu untuk meningkatkan penghasilan hormon lelaki iaitu testosteron, prestasi dan saiz otot-otot badan.
Panax Ginseng – membantu meningkatkan imuniti dan menguatkan tubuh badan.

Cara pengambilan:
2 sachet setiap hari untuk membantu meningkatkan tenaga.


MayFirst Ginkgo Plus

MayFirst Ginkgo Plus

Kekuatan Minda

Pokok Ginkgo adalah pohon yang tertua hidup di dunia. Usianya yang panjang itu disebabkan daya pertahanannya terhadap penyakit dan pencemaran, penyesuaian dan mempunyai ciri-ciri biokimia yang unik. Ciri-ciri perubatan pokok Ginkgo terdapat pada daunnya. Ia telah dicatatkan dalam sejarah herba Cina semenjak 5000 tahun yang lalu dan telah digunakan di negara barat sebagai agen ubat-ubatan semenjak 25 tahun yang lalu. Di negara Jerman dan Perancis, Ginkgo adalah di antara herba yang sering diberi sebagai ubat-ubatan. Daun Ginkgo Biloba mengandungi bahan anti oksidan yang kuat seperti Flavanoids (Ginkgo Flavon Glycosides) dan Flavanoids (Ginkgolides dan Bilobalides). Glycosides adalah anti oksidan yang sangat kuat. Ginkgolides memperbaiki pengaliran darah dan menghalang pembekuan darah. Bilobalides melindungi sel-sel otak dan merangsang pertumbuhan baru sel-sel saraf yang telah rosak.

Kajian Klinikal terhadap Ginkgo Biloba

Ekstrak standard Ginkgo Biloba meningkatkan pengaliran darah ke sel-sel otak hingga ke hujung-hujung jari tangan serta kaki termasuk telinga. Mengelak saraf pusat daripada rosak apabila berlakunya kekurangan oksigen ke tisu-tisu tubuh, contohnya sel-sel otak apabila berlakunya angin ahmar (stroke).

Kelembapan pengaliran darah ke dalam otak akan menyebabkan pengurangan oksigen di dalam otak. Keadaan ini ditunjukkan melalui simptom-simptom seperti kesewelan (absent mindedness), kekurangan tenaga, kelesuan dan keletihan, kekeliruan, tekanan fikiran, kegelisahan, pengurangan aktiviti fizikal, tinnitus (bunyi dering di dalam telinga), sakit kepala, migrain, sukar menumpukan perhatian dan pengurangan daya ingatan. Semua simptom-simptom tersebut sering dilihat pada orang dewasa dan orang-orang tua.

Ujian luaran menggunakan sekumpulan sukarelawan mendapati Ginkgo Biloba amat berkesan di dalam memperbaiki motivasi individu, gangguan mental, keganasan, sifat berang (mudah marah) dan kelesuan. Ia juga mengurangkan risiko penyakit jantung Koronori, tekanan darah tinggi dan kencing manis. Ginkgo membantu di dalam rawatan penyakit kerosakan tisu retina untuk memperbaiki penglihatan disebabkan penyakit kencing manis dan katarak.

Ekstrak Ginkgo Biloba dapat memperbaiki pengaliran darah bagi melegakan kesakitan ketika haid, senggugut bengkak salur darah pada bahagian betis wanita (interminttend claudication) dan orang-orang tua. Ia telah digunakan dengan jayanya di dalam rawatan penyakit nyanyuk (Alzheimer's Disease) dan penyakit pelupa (Senile Dimentia). MayFirst

Ginkgo Plus juga mengandungi Saw Palmetto, Pumpkin Seed, herba Epimedium dan Fructus Tribulus Terrestris untuk memberi kesan menyeluruh kepada lelaki. Dos: 2-3 kapsul 2 kali sehari.

Kombinasi Cadangan:

1. Terapi 1 (Berat badan normal)
Ginkgo Plus - 2 kapsul sehari Pronoton - 2 kapsul sehari

2. Terapi 2 (Berat badan berlebihan)
Ginkgo Plus - 2 kapsul sehari Promax - 2 kapsul sehari
Chitomonascus - 2 kapsul sehari setengah jam sebelum makan

Harga Ahli : Rm45.00
Harga Pelanggan : RM54.00
PV:18PV

PRODUK WANITA MAYFIRST

PRODUK WANITA MAYFIRST
SILA LIHAT DIBAWAH

MayFirst Femaling

MayFirst Femaling

Wanita Femaling Tubuh Ngiur

Berasaskan ekstrak Pueraria Mirifica (White Kwaaw Krau) sejenis tumbuhan yang kaya dengan Fitoesrogen untuk kecantikan dan kesihatan wanita. Ianya bertindak sebagai satu keadah HRT(Terapi Penggantian Hormon) bagi wanita yang mengalami pengurangan hormon estrogen.
Kandungan Bahan Aktif:
100% Exstrak Pueraria Mirifica(White Kwaaw Krau)

Fungsi Femaling:
1. Kandungan fitoestrogen mampu menggantikan oestrogen tubuh yang berkurangan ketika berlaku menopous.
2. Bersifat antiarsinogen yang dapat menghalang pembentukan sel-sel tumor.
3. Meningkatkan keupayaan hormon wanita, menambahkan rembesan vagina dan keinginan sexsual.(Sexsual Driver)
4. Meggalakan pembesaran dan ketegangan payudara wanita.
5. Bertindak sebagai agen mengesan Barah Payu Dara peringkat Awal.
6. Melambatkan proses penuaanMeningkatkan pengeluaran cecair faraj untuk menghalang jangkitan kuman dan menambahkan keintiman hubungan kelamin
7. Mempercepatkan penyembuhan luka pada kulit dan menghilangkan kesan parut
8. Meningkatkan sistem imum untuk melawan penyakit
9. Mengembalikan Keremajaan WANITa sehingga 20 tahun lebih MUDA

Sukatan Pengambilan:1 biji sehari selama 15 hari pada hari pertama sehingga ke-15 haid(Sekotak untuk 2 bulan makan)

Di Luluskan Oleh Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM)MAL20021652T

Harga Ahli: RM82.00
Harga Pelanggan: RM92.00
PV:37PV

MAYFIRST COLLAGEN ASTAXANTHIN with PEARL& PROBIOTICS

MAYFIRST COLLAGEN ASTAXANTHIN with PEARL& PROBIOTICS
Kecantikan Luaran Dan Dalaman

Kulit Muda Jelita

APA ITU KOLAGEN? Kolagen adalah sejenis protin iaitu bahan asas pembentukan tubuh manusia di mana ia menyokong pembentukan kulit, otot, tendon, kuku, rambut dan tulang. Kolagen memainkan peranan penting untuk membentuk kulit cantik, anjal, tegang dan muda secara semulajadi.

TAHUKAH ANDA?Penghasilan kolagen dalam tubuh mulai menurun pada kadar 1.5% setiap tahun bermula apabila kita mencapai 25 tahun dan akan kehilangan lebih daripada 30% kolagen ketika berusia 45 tahun. Ini bermakna, seseorang yang telah mencapai 25 tahun sangat perlu menambahkan kolagen dalam tubuh untuk mengekalkan keanjalan kulit dan seterusnya melambatkan penuaan.Kolagen yang bertambah menyokong struktur kulit dan menjadikannya anjal dan tegang, mengurangkan kedutan dan garis-garis halus serta menjadikan kulit kembali bermaya dan berseri.

MayFirst Collagen Astaxanthin with Pearl & Probiotics merupakan formula makanan yang membantu meningkatkan keremajaan kulit.

Gabungan rumusannya yang hebat telah diuji dapat:
Membantu menampung keperluan kolagen yang semakin berkurangan di dalam tubuh.
• Membantu tubuh melawan radikal bebas yang merosakkan sel kulit melalui kandungan antioksidanya.
• Membantu menggalakkan penghadaman dan penyerapan nutrien.

Rumusan Unik MayFirst Collagen Astaxanthin with Pearl & Probiotics MayFirst Collagen Astaxanthin :

1. Kolagen Marin Terhidrolisis - daripada sumber ikan laut dalam.Tidak memberi kesan alergi.Membantu meningkatkan keanjalan dan keremajan kulit.
2.Astaxanthin - diekstrak daripada mikroalgae Haematococus Pluvialis yang mengandungi bahan antioksida yang tinggi. Melindungi kolagen kulit dan membantu mencerahkan kulit dari dalam (merencatkan pigmen melanin).
3.Serbuk Mutiara - mengandungi asid amino dan mineral penting untuk kecantikan kulit dan sebagai agen anti-keradangan dan anti-toksin.
4. Probiotik, Serat Manna & Ekstrak Nenas - bai k untuk sistem penghadaman.
5. Acerola Cherry, Grape Seed & Pine Bark - tinggi antioksida dan sumber Vitamin C yang tinggi.

Cara Makan:
1 sachet pagi dan malam selepas makan malam

Harga Ahli : RM49.90
Harga Pelanggan : RM62.90
Pv : 25PV

MayFirst Mesmerize

MayFirst Mesmerize

Kecantikan Dalaman Keutamaan Wanita

Mesmerize adalah rawatan yang sangat terkenal di kalangan wanita untuk melegakan beberapa masalah pada rahim (uterus). Ia mengekalkan gaya hidup sihat seseorang wanita dengan memperbaiki ciri-ciri kewanitaan, meningkatkan stamina serta tenaga dalaman dan menghilangkan keletihan dengan memperbaiki segala simptom penyakit puan (gynaecology), haid atau menopause.

Bahan Aktif

Labisa Pumila (Kacip Fatimah)
Ia sejenis pohon kayu yang mudah diperolehi di dalam hutan untuk digunakan oleh wanita lepas bersalin bagi mengekalkan kesihatan, kekuatan dan tenaga. Ia juga digunakan untuk memerangi gonorrhea (penyakit kelamin), cirit-birit dan mengeluarkan lebihan angin dalam tubuh. Kacip Fatimah mempertingkatkan kesan estrogen di dalam wanita bagi mengekalkan sifat-sifat wanita dan kesihatan menyeluruh. Ia juga memperbaiki aliran darah, mengurangkan lendir kotoran di dalam faraj, mengurangkan senggugut dan mengekalkan keseimbangan hormon bagi mengurangkan simpton menopause.

Trifolium Pratense (Red Clover Flower)
Rawatan alternatif bagi simptom kemerahan muka yang sering berlaku kepada mereka yang menopause. Sering digunakan untuk merawat masalah kulit seperti Ekzema dan Psoriasis. Digunakan secara turun-temurun untuk penawar bagi barah payudara. Flavanoid adalah bahan aktif yang terkandung di dalam bunga dan daun Trifolium Pratense memberi kesan estrigenik dan adalah amat berguna di dalam rawatan masalah menopause. Terdapat juga alkaloid slaframine di dalam bunga yang rosak yang telah dikaji untuk rawatan kencing manis (Diabetis) dan anti-AIDS.

Cimicifuga Racemosa (Black Cohosh Root)
Digunakan secara tradisional untuk merawat masalah haid, kesakitan selepas bersalin, masalah saraf dan kesakitan tulang sendi. Walau bagaimanapun, keutamaan diberi di dalam rawatan “hot flushes” (kemerahan muka) ketika menopause. Black Cohosh Root mengandungi estrogen semulajadi (phyto-estrogen) yang mengikat pada tapak hormon di dalam payudara dan rahim untuk mengurangkan sistem menopause tanpa risiko barah payudara. Ia mengurangkan kesakitan akibat kekejangan rahim. Ia juga telah digunakan dengan jayanya untuk memperbaiki kekeringan dan kepanasan tubuh wanita yang telah mengalami menopause.

Teraxacum Mongolicum Compositae (Dandelion)
Herba Taraxaci membaiki fungsi hati. Ia mengurangkan kesakitan dan simptom endometriosis. Ia juga mempercepatkan aktiviti hati untuk mengeluarkan lebihan estrogen dari tubuh untuk mengekalkan keseimbangan hormon di dalam wanita. Herba Teraxi juga mempercepatkan keupayaan tubuh untuk menyerap zat besi di dalam makanan bagi memperbaiki keadaan enemia (kekurangan sel darah merah). Kajian juga memdapati bahawa herba Taraxaci mengawal paras gula darah iaitu membantu di dalam rawatan kencing manis.

Dong Quai Root (Angelicae Sinensis)
Ia adalah ramuan ubatan herba yang paling penting. Ia mempunyai kesan ransangan segera pada rahim terutamanya ketika bersalin. Dong Quai amat berkesan merawat simptom-simptom seperti senggugut, keguguran, sejuk tangan dan kaki, kekurangan darah (anemia) dan di dalam kes-kes tertentu ketidaksuburan. Ia menghasilkan tenaga, stamina dan ketahanan terhadap penyakit. Ia mengawal atur hormon wanita untuk membantu di dalam bisul, sakit kepala serta masalah pengaliran darah daripada salur darah periferi.

Pueraria Lobata
Sejenis tumbuhan alamiah yang mengandungi phyto-estrogen yang tinggi Terapi Pengantian Hormon (HRT) secara tradisional. Antara hormon phyto-estrogen seperti Puerarin, Micro Estrol, Daidzein dan Mirificin. Pueraria Lobata mengekalkan pembentukan kolagen yang memberi keremajaan rupabentuk payudara, bahagian peha dan tubuh di samping mencantikkan struktur kulit. Aktiviti phyto-estrogen termasuk menggalakkan pertumbuhan dan melebatkan rambut, menghalang keguguran rambut, memperbaiki penglihatan, menghilangkan sakit sendi, memperbaiki daya ingatan dan melambatkan penyakit nyanyuk (Alzheimer's).

Pengamal kapsul Mesmerize akan mengalami kesan rawatan di dalam pelbagai peringkat.

Peringkat Pertama: 2-10 hari
1. Lendir faraj banyak dikeluarkan daripada rahim dengan pelbagai warna.
2. Bila berada di dalam keadaan haid, warna lendir yang keluar adalah agak gelap dan jumlahnya akan bertambah. Lendir kotoran akan dikeluarkan bersama tompok darah bersama kotoran-kotoran lain.
3. Kulat dan bakteria akan dimusnahkan hingga menghilangkan bauan yang tidak menyenangkan. 4. Memberi kesan kesegaran dengan perubahan positif pada simptom yang tidak menyenangkan.

Peringkat Kedua: 10-60 hari
1. Memperbaiki dan mengatur semula kitar pusingan haid serta melegakan senggugut.
2. Kotoran-kotoran yang dikeluarkan daripada rahim dapat membantu membaiki simptom seperti mengurangkan lendir kotoran faraj, radang faraj, penyakit radangan peha, radang rahim, penyakit ovari dan simptom lain yang berkaitan.
3. Memberi kuncupan rahim yang lebih baik walaupun pada siang hari.
4. Lebih elastik dan memberi lebih kuncupan otot dinding rahim dan faraj.

Peringkat Ketiga: 60 hari dan seterusnya
1. Perubahan yang jelas bagi beberapa masalah rahim untuk mencapai tahap kesihatan yang sangat memuaskan.
2. Meningkatkan rangsangan dan keinginan seksual bagi menghasilkan hubungan seks yang harmoni.
3. Mengekalkan rahim seseorang wanita pada tahap seperti asal sebelum berkahwin.
4. Mengaktifkan semula sel-sel wanita dengan menghasilkan kehalusan dan kelembutan kulit, mengurangkan pigmentasi dan mengekalkan keremajaan kulit.

Dos: 2-3 kapsul 2 kali sehari selepas makan.

AMARAN

Ibu mengandung dan sedang menyusukan anak hendaklah mengelak daripada mengambil produk ini.

Kombinasi Cadangan

1. Terapi 1 (Berat badan normal)
Mesmerize - 2 kapsul sehari Femaling - 1 kapsul sehari

2. Terapi 2 (Berat badan berlebihan)
Mesmerize - 2 kapsul sehari Femaling - 1 kapsul sehari
Chitomonascus - 2 kapsul setengah jam sebelum makan

Harga Ahli : Rm58.00
Harga Pelanggan : RM73.00
PV:29PV

MayFirst Manja Kacip

MayFirst Manja Kacip
Setiap Malam Umpama Malam Pertama

Setiap Malam Umpama Malam Pertama

Minum 2 sudu teh sehari MayFirst Manja Kacip yang diperkaya dengan herba-herba keperluan wanita seperti Ekstrak Manjakani, Kacip Fatimah, Akar Serapat, Halban, Sireh, Jarum Emas dan Jintan Hitam dapat mengembalikan semula tenaga, mengatasi kelesuan dan mengekalkan tubuh sihat dan cantik.

MayFirst Manja Kacip adalah minuman eksklusif untuk setiap wanita bagi menyempurnakan kejelitaan dari dalaman dan luaran. Diadunkan daripada 100 peratus herba tropika tulen dengan rasa yang lembut, anda dapat menikmati rasa muda semula dan kepuasan hidup bagi wanita yang anggun serta berkeyakinan.

Manjakani (Oak Gall) - Herba Tradisional zaman-berzaman sangat dikenali di kalangan masyarakat Melayu dan India untuk memulihkan keputihan dan menguatkan serta menegangkan otot faraj. Manjakani mengandungi Asid Tanik, Kalsium, Zat Besi, Serat, Protein, Karbohidrat, Vitamin A dan C untuk mempercepatkan pemulihan tisu dan memulihkan tenaga selepas bersalin. Kesan antioksidan Manjakani membantu mencerahkan kesan gelap pada kulit dan memberi warna semulajadi kulit.

Kacip Fatimah (Labisia Pumila) - Herba Tropika tempatan yang telah mendapat perhatian ramai para pengkaji dan penyelidik antarabangsa berkaitan rawatan dan pemulihan penyakit puan dan kesihatan wanita. Kacip Fatimah meningkatkan tenaga, memberi kekuatan tubuh dan mengekalkan kesihatan menyeluruh wanita di samping mengurangkan senggugut, simpton menopause dan mengekalkan keseimbangan hormon. Ia memperbaiki kitaran haid, meningkatkan keupayaan mental dan memberi kesihatan pada organ wanita.

Akar Serapat - Melancarkan aliran darah ke organ wanita untuk meningkatkan kadar oksigen bagi mengekalkan kesihatan dan fungsi organ. Ia melegakan kekejangan otot rahim dan mengatasi kelesuan ketika haid.

Daun Sireh (Piper Betel) - Meningkatkan pertahanan badan melalui kesan antibakteria, antikulat dan antivirus. Melindungi tubuh daripada serangan jangkitan.

Jintam Hitam (Black Seed) - Melambatkan proses penuaan kulit dan memulihkan keanjalan kulit. Menggalakkan pembakaran lemak tubuh yang berlebihan.

Cara Pengambilan

Hendaklah diminum 1 sudu teh pada waktu pagi dan 1 sudu teh pada waktu petang.

Golongan wanita yang perlu mengamalkan MayFirst Manja Kacip:

Wanita dan remaja yang sering keletihan, wanita dan remaja yang sering mengalami masalah kesihatan, wanita melebihi 40 tahun, wanita yang mengalami menopause dan wanita berkerjaya.

Kombinasi bersama produk MayFirst lain, Femaling, Mesmerize dan Pearl Spirulina.

AMARAN

Tidak sesuai diambil oleh kanak-kanak di bawah 15 tahun, ibu mengandung dan yang sedang menyusukan anak.

Harga Ahli: RM44.00
Harga Pelanggan: RM 52.00
PV:22PV

MAYFIRST BODY CONTOUR GEL

MAYFIRST BODY CONTOUR GEL

Tubuh Langsing Menawan

Diperkaya dengan ekstrak semulajadi seperti Aqua, Ekstrak Aloe Vera, Ekstrak Pegaga, Peppermint, Glycerin.

1. Mengurangkan kemunculan bentuk-bentuk garisan di pinggul, paha dan perut.
2. Menegangkan kulit yang kendur dan berselulit.
3. Membuang lebihan toksin.
4. Melancarakan peredaran darah.
5. Membentuk semula rupa bentuk badan.

Cara penggunaan :Sapukan MayFirst Body Contour Gel mengikut arah lawan jam dan sapu rata di atas permukaan kulit yang bersih dengan tumpuan diberikan kepada bahagian yang bermasalah terutamanya kawasan yang mempunyai selulit.

Harga Ahli:RM31.00
Harga Pelanggan: RM37.00
PV:12PV

MayFirst Olive Oleo

MayFirst Olive Oleo

Cegah Jangkitan H1N1

MayFirst Olive Oleo Produk Pertama di Malaysia yang di hasilkan daripada Ekstrak Daun Zaitun untuk Antioksidan, 400% lebih Antioksidan dari Vitamin C, 700% lebih dari Jus Manggis dan 2700% lebih dari Jus Menggkudu.

Mayfirst Olive Oleo sangat baik sebagai minuman ‘Bio- Antiviral”Diperbuat daripada Ekstrak Daun Zaitun segar yang telah di kaji selidik mempunyai lima(5) Super Antioksidan Semulajadi seimbang untuk menguatkan sistem imum(antibodi) dan memusnahkan Virus.

Ekstrak Daun Zaitun telah di uji secara Klinikal di RC Clinic Budapest (Hungry). 90% daripada 164 pesakit mengalami selsema, batuk dan Ekstrak Daun Zaitun.

Cara Makan :
1 sudu besar 2 kali satu hari

Harga Ahli : RM95.00
Harga Pelanggan : RM110.00
PV : 45PV

MayFirst Cordyceps Lingzhi

MayFirst Cordyceps Lingzhi

Mengekalkan Kesihatan & Kesejahteraan Tubuh

Cordyceps Lingzhi merupakan produk yang bermutu dan mengandungi khasiat penting untuk mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan tubuh kita. Ia terdiri daripada dua jenis herba tradisional iaitu Lingzhi dan Cordyceps yang sangat tinggi nilai perubatannya.

Gabungan antara Lingzhi (Cendawan Merah) dan juga Cordyceps. Merupakan suatu produk yang boleh dikenali sebagai ”Produk Persediaan Penyelamat Nyawa” dan sesuai untuk kes-kes dan penyakit yang serius. Merupakan perangsang sistem imun yang baik dan bersifat adaptogen.
Bertindak 4-6 kali lebih baik daripada Ginseng.

Cordyceps pula dapat membantu merawat hati, buah pinggang dan sistem imun tubuh. Ia juga mempunyai kesan anti-kanser dan anti-oksida.

Lingzhi berkesan untuk membersihkan darah, meningkatkan sistem imun tubuh, mengurangkan tekanan darah tinggi, kolesterol dan kandungan gula dalam darah.

Dos pemakanan : 1 kapsul, 1 hari sekali selepas makan.

Harga Ahli: RM35.00
Harga Pelanggan: RM43.00
PV:42PV

MayFirst Phyto Klenz

MayFirst Phyto Klenz

Pembersihan & Detoksifikasi Usus

Produk yang kaya dengan serat ini adalah yang terbaik untuk menjalankan fungsi pembersihan dan detoksifikasi usus. Pembersihan usus diperlukan bagi membolehkan berlakunya penggantian bahan buangan yang lama dengan bahan buangan yang baru.

MayFirst SlimLine Phyto Klenz juga menpunyai fungsi detoksifikasi untuk menyingkirkan toksin yang terdapat di dalam tubuh.
1. Membantu merendahkan paras kolestrol darah.
2. Meningkatkan metabolisme tubuh.
3. Memelihara kesihatan usus.
4. Mencegah dan merawat penyakit sembelit dan buasir dengan melawaskan pembuangan najis.

Kandungan :
1. Psyllium husk
2. Oat fiber
3. Wheat fiber
4. Barley glass
5. Spirulina
6. Soy powder
7. Polydextrose

Dos pemakanan :

TERAPI 1 (untuk berat badan berlebihan):
2 sachet sehari. 1 sachet pada waktu pagi dan 1 lagi pada waktu malam. Sebaik-baiknya sebelum makan. Masukkan kandungan 1 sachet ke dalam shaker MayFirst, Tambahkan air sejuk sehingga mencapai 250ml, goncang perlahan-lahan dan minum dengan serta merta.

TERAPI 2 (untuk berat badan normal):
1 sachet pada waktu malam. Sebaik-baiknya sebelum makan. Masukkan kandungan 1 sachet di dalam shaker MayFirst, tambahkan air sejuk sehingga mencapai 250ml, goncang perlahan-lahan dan minum dengan serta merta.

Harga Ahli: RM70.00(15 sachet)
Harga Pelanggan: RM83.00
PV : 28PV

MayFirst Chito Monascus

MayFirst Chito Monascus

Tubuh Langsing Menarik


Adalah impian setiap orang untuk memperolehi tubuh yang langsing dan menarik. Chitomonascus menawarkan kaedah yang mudah dan sihat untuk mengurangkan berat badan tanpa mengganggu selera makan. Anda boleh kekal langsing dan sihat serta menikmati makanan keinginan anda jika anda mengambil MayFirst Chitomonascus.

Chitosan adalah serat yang akan menyerap lemak secara semulajadi. Bertindak mengikat lemak-lemak yang ada di dalam makanan yang anda ambil. Dengan ini, lemak-lemak tersebut tidak sempat dihadam di dalam perut dan usus. Melebihi berat badan (obesiti) ialah apabila anda mempunyai berat badan lebih 20% daripada berat badan yang dibenarkan bagi ketinggian anda. Obesiti mempunyai faktor yang berisiko bagi penyakit-penyakit seperti kencing manis, penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan beberapa jenis kanser. Lebihan berat badan juga meningkatkan tekanan pada sendi tulang dan berpotensi untuk membentuk arthritis.

Apa itu Chitosan?

Chitosan dihasilkan dari chitin, sejenis polisakarida yang didapati dalam kulit kekerang makanan laut seperti udang, tulang belakang sotong dan ketam. Ia berfungsi untuk menyerap lemak sebelum dihadamkan. Oleh itu, lemak tidak akan disimpan atau menyerap ke dalam tubuh. Chitosan dan lemak yang telah diserap akan dikeluarkan daripada tubuh. Jumlah lemak yang akan dibuang daripada tubuh bergantung kepada jumlah chitosan yang diambil. Namun demikian, adalah dinasihatkan supaya anda mengurangkan pengambilan diet berlemak untuk menghasilkan keberkesanan yang cepat di dalam program pelangsingan anda. MayFirst Chitomonascus diperbuat daripada chitosan beta yang dihasilkan dari chitin sotong pena. Ia tidak mengandungi kalsium dan karatenoid dalam jumlah yang besar yang telah menjadikan ia sebagai bahan aktif yang lebih bersih dan cerakin dari chitosan biasa. Dengan ini, chitosan beta mempunyai daya serapan lemak (acetylation) yamg amat tinggi. Saiz molekulnya telah menggalakkan aktiviti biologi yang baik di dalam tubuh.

Apa itu Monascus?

Monascus telak diekstrakkan dari Red Yeast Rice merupakan makanan tradisi dan perubatan Cina semenjak Dinasti Ming. Ia telah diketahui bagaimana Red Yeast Rice digunakan untuk merangsang abdomen. Pengamal perubatan Cina menggunakan Red Yeast Rice untuk merawat kesakitan abdomen yang disebabkan kelembapan aliran darah dan cirit-birit, termasuk trauma luaran dan dalaman tubuh. Red Yeast Rice mengandungi bahan aktif semulajadi seperti Monacolin K, Dihidromoncolin dan Monacolin I, II, III, IV, V dan VI. Para penyelidik telah mendapati bahawa Monacolin merencatkan penghasilan kolestrol dengan menghentikan enzim utama (HMG-COA) di dalam hati yang bertanggungjawab menghasilkan kolestrol. Kesan pengurangan kolestrol oleh Red Yeast Rice mungkin disebabkan oleh pengabungan Monacolin dan bahan seperti sterols serta asid-asid lemak.

Jadi apakah Chitomonascus lakukan terhadap anda?

Ia dapat membantu anda mengekalkan berat badan ideal anda. MayFirst Chitomonascus juga mengandungi serat larut air, terdiri daripada Oligosakarid yang menggalakkan keseimbangan pertumbuhan bakteria baik di dalam sistem usus anda terutamanya lactobacilli untuk memberi daya serapan pemakanan yang baik kedalam tubuh anda. Kelebihan Red Yeast Rice telah lama diketahui oleh Pharmacoppoeia Cina Dinasti Ming sebagai penggalak pengaliran darah serta penghadaman yang sangat baik.

Dos: 2-3 kapsul 2 kali sehari dengan 1 gelas air penuh, 30 minit sebelum makan.

AMARAN

Chitosan dihasilkan dari makanan laut. Mereka yang alergi kepada makanan laut dinasihatkan tidak mengambil Chitomonascus.

Kombinasi cadangan:

1. Wanita
Chitomonascus - 2 kapsul sehari setengah jam sebelum makan
Mesmerize - 2 kapsul sehari
Femaling - 1 kapsul sehari

2. Lelaki
Chitomonascus - 2 kapsul sehari setengah jam sebelum makan
Promax Capsule - 2 kapsul sehari
Ginkgo Plus - 2 kapsul sehari

Carb Blocker
Berasakan serbuk White Kidney Bean yang bermutu tinggi.
Mengawal paras gula dalam darah bagi penyakit Diabetes.
Sesuai untuk individu yang ingin mengawal berat badan.
Menghalang kemasukkan gula dan karbohidrat berlebihan ke dalam darah serta meneutralkannya.
Dos pemakanan:
Bagi mereka yang ingin mengawal berat badan & pesakit kencing manis :2 biji sebelum makan tengahari dan 2 biji sebelum makan malam. Hendaklah diambil sebaik sebelum mula mengambil makanan.

Harga Ahli: RM48.00
Harga Pelanggan: RM58.00
PV : 28PV

Pakej Tubuh Sihat

Pakej Tubuh Sihat
Tubuh Sihat Langsing Memikat

Mengekalkan Berat Badan Ideal Demi Kesihatan Sepanjang Masa

Tubuh sihat boleh diperolehi dengan pengekalan berat daban ideal. Lebihan lemak adalah penyumbang kepada lebihan berat badan dan obes. Program MayFirst SlimLine Tubuh Sihat bertujuan mengawal lebihan lemak yang tersimpan di dalam tubuh melalui proses halang dan serap lemak serta gula, pertukaran lemak kepada tenaga dan pembersihan serta detoksifikasi tubuh. Melalui program tubuh sihat in anda dapat mengekalkan berat badan ideal demi kesihatan sepanjang masa.
Program yang unik untuk mengekalkan berat badan dan tubuh yang sihat. Mudah dan selamat untuk diikuti.

Kombinasi produk yang terbukti berkesan secara klinikal.
Formula yang telah diuji.

Rangkaian produk yang terdiri daripada 2 botol Carb Blocker, 15 sachet Phyto Klenz dan 1 kotak Chitomonascus.

Dos pemakanan :
Cara Makan/Guna
1. Phyto Klenz (1 unit) -1 sachet sebelum makan malam
2. Carb blocker (2 unit) - 2 biji sebelum makan tengahari2 biji sebelum makan malam
3. Chitomonascus - 2 biji setengah jam sebelum makan tengahari2 biji setengah jam sebelum makan malam

Harga Ahli:RM185.00
Harga Pelanggan:RM222.00
PV:81PV

BIO PSYLLIUM

BIO PSYLLIUM

Mengawal Selera Makan

Formula unik serat larut dalam air bermutu tinggi, MayFirst SlimLine Bio Psyllium mengandungi Psyllium husk, dipercayai mampu membantu mengawal selera makan dengan memberi rasa kekenyangan yang mampu bertahan lama.Keenakan rasa buah anggur yang sebenar. Sumber vitamin C yang tinggi.
Lebih mudah mengawal selera makan dan kuantiti makanan yang diambil.

Membantu memelihara kesihatan permukaan saluran usus dan merawat sebarang kecederaan dalaman. Membantu mengawal paras gula dan kolestrol darah.

Dos pemakanan:
TERAPI 1
(untuk berat badan berlebihan):2 sachet sehari. 1 sachet pada waktu pagi dan 1 lagi pada waktu malam. Sebaik-baiknya sebelum makan. Masukkan kandungan 1 sachet ke dalam shaker MayFirst, tambahkan air sejuk sehingga mencapai 250ml, goncang perlahan-lahan dan minum dengan segera.

TERAPI 2 (untuk berat badan normal):1 sachet pada waktu malam. Sebaik-baiknya sebelum makan. Masukkan kandungan 1 sachet di dalam shaker MayFirst, tambahkan air sejuk sehingga mencapai 250ml, goncang perlahan-lahan dan minum dengan serta merta.

Harga Ahli:RM36.00
Harga Pelanggan:RM44.00
PV:14PV

MayFirst NANO FIR

MayFirst NANO FIR

FIR Teknologi NANO

FIR Teknologi NANO
1. Melangsingkan dan merampingkan badan.
2. Menggalakkkan pembakaran lemak.
3. Melancarkan peredaran darah dan membuang angin dalam badan.
4. Membuang toksin melalui sistem perpeluhan.
5. Mengempiskan perut yang buncit.
6. Mengecilkan pinggang dari 2cm hingga 4cm.
7. Menyokong bahagian tulang belakang dan mengangkat pinggul ke tempat asal.
8. Ia tidak panas, menyerap peluh dan selesa dipakai.

Panduan untuk membeli MayFirst Nano FIR mengikut saiz :

Saiz M
25” - 28” - Ukuran Pinggang
33”- 36” - Ukuran Pinggul

Saiz L
29” - 32” - Ukuran Pinggang
37” - 40” - Ukuran Pinggul

Saiz XL
33” - 36” - Ukuran Pinggang
41” - 44” - Ukuran Pinggul
XXL
37” - 40” - Ukuran Pinggang
45” - 48” - Ukuran Pinggul
Kod:
NANO M - Slimline NANO FIR LINGERIE (M)
NANO L - Slimline NANO FIR LINGERIE (L)
NANO XL - Slimline NANO FIR LINGERIE (XL)
NANO XX - Slimline NANO FIR LINGERIE (XXL)

Harga Ahli: RM235.00
Harga Pelanggan: RM299.00
PV:100PV

MayFirst Gamat Propolis

MayFirst Gamat Propolis

Menghalang Jakitan Dan Penyembuhan Luka


GAMAT PROPOLIS
Gamat Propolis sangat sesuai diambil oleh individu dari SEMUA PERINGKAT UMUR yang mengutamakan kesihatan dalaman dan juga luaran. Ia juga membantu mengurangkan simptom gastrik di samping menyembuhkan luka dalaman terutama sekali di bahagian sistem penghadaman. Propolis telah memberi kelebihan di dalam tindakannya membantu meningkatkan imuniti tubuh untuk melawan jangkitan penyakit di samping sifatnya sebagai antibiotik semulajadi. Kesan rangsangan sel-sel membantu menyubur dan mempercepatkan penyembuhan luka luar dan dalam terutama dalam sistem peranakan ibu selepas bersalin.

Cara Pengambilan :
Hendaklah diambil 2 sudu besar, 2 kali sehari. Boleh juga dicampurkan dengan minuman jus buah-buahan.

Harga Ahli: RM55.00
Harga Pelanggan: RM65.00
PV: 22PV

MayFirst Gingseng Liquid Spirulina

MayFirst Gingseng Liquid Spirulina
Tubuh Sihat

MAYFIRST WULING

MAYFIRST WULING

lena bagaikan bayi

MayFirst Wuling diformulasikan daripada ramuan semulajadi Cendawan Wuling (Xylaria nigripes) dan Akar Ginseng (Radix Panacis quinquefolii).
Cendawan wuling tumbuh 8 kaki di bawah tanah
Ginseng banyak digunakan dalam perubatan Cina.

PENEMUAN BARU! Cendawan WULINGMembantu:-
1. memberi ketenangan dan tidur lena secara semulajadi.
2. mempertingkatkan kecerdasan fikiran dan fungsi otak, agar dapat membantu untuk memperbaiki IQ, memori, tumpuan dan keadaan nyanyuk.
3. menguatkan sistem imun tubuh, mengekalkan keseimbangan hormon.

Mengikut kajian saintifik, Cendawan Wuling bertindak di dalam otak dengan menggalakkan penghasilan hormon Melatonin yang dikeluarkan oleh kelenjar Pineal di dalam otak. Fungsi Melatonin ialah untuk mengawal masa tidur dan masa rehat tubuh. ”

Kajian melatonin juga menunjukkan: --
Individu yang menghadapi ”Jet Lag”, penglihatan kabur atau pekerja syif malam, warga emas dan mereka yang mengalami depresi mempunyai paras melatonin yang rendah.

Kesegaran Hari Esok Bermula Dari Tidur Yang Cukup dan Lena...

Cara pengambilan yang disyorkan:
Individu yang mengidap Insomnia dan Stres : 2-3 kapsul 3 kali sehari selepas makan.
Individu yang inginkan kualiti tidur2 biji kapsul selepas makan malam.

MayFirst Gingseng Liquid Spirulina

SPIRULINA RANGE
Ginseng Liquid Spirulina
Minuman Tonik Bertenaga yang diperkayakan dengan Ginseng untuk meningkatkan tenaga, mengekalkan kesihatan dan pencegahan penyakit. Ginseng Liquid Spirulina dihasilkan daripada gabungan ekstrak Spirulina platensis dan Radix Panax Ginseng.
Radix Panax Ginseng – Dikenali juga dengan nama Asian Ginseng ataupun Korean Ginseng. Dipercayai dapat membantu dalam mengawal kandungan gula di dalam darah serta meningkatkan imunisasi. Amat sesuai bagi pesakit diabetes dan individu yang ingin mengekalkan tenaga bagi menjalani aktiviti harian.

Dos pemakanan : Take 15ml (two tea spoon) of the liquid and mix with 150ml (one glass) of warm water each time. Take 3 times daily on an empty stomach.

Pearl Spirulina
Diperbuat daripada Spirulina terpilih iaitu ekstrak Spirulina platensis dan digabungkan dengan serbuk mutiara Mergaritta yang halus. Gabungan dua bahan ini dapat memulihkan penyakit kulit seperti ekzema, parut dan jerawat. Ia juga dapat melegakan ulser mulut, jangkitan mata dan faraj.

Dos pemakanan : Take 2 or 3 tablets daily or as prescribed by a physician.

Colostrum Immune Igg

Colostrum Immune Igg

Kuatkan Antibodi Dengan Susu Awal Lembu

100% berasaskan susu awal lembu yang segar. Dihasilkan dengan menggunakan teknik pensterilan terkini dan selamat. Tablet yang rapuh, mudah dikunyah dan rasa malt yang sedap untuk melindungi diri anda daripada serangan penyakit.
Mengandungi kandungan Laktoferin berperanan :
1. Menghindarkan osteoporosis
2. Mengawal gula dalam darah
3. Melawan selsema, influenza dan alahan
4. Melawan patogen yang dibawa makanan dan air

Dos pemakanan :
Dewasa:
8 biji sehari (4 biji pada waktu pagi, 4 biji pada waktu malam)

Kanak-kanak:
4 biji sehari (2 biji pada waktu pagi, 2 biji pada waktu malam)

Bilberry Colostrum
Bilberry Colostrum amat sesuai bagi individu yang mementingkan penjagaan kesihatan mata.

Bilberry Extract :•
Membantu menghasilkan rodhopsin untuk mengekalkan penglihatan yang tajam dan jelas.
Lutein :• Melindungi mata daripada kesan oksidatif stress dan sinaran UV.• Mengurangkan risiko penyakit berkaitan mata khususnya Degenerasi Makular disebabkan oleh peningkatan umur (penyebab kebutaan).
Fructus lycii (Lycium fruit) :• Mengandungi Zeaxanthin (sebatian karotenoid) yang mampu memperbaiki penglihatan.
Black Currant Flavor :• Kaya dengan Vitamin C yang bertindak sebagai antioksidan yang baik.

Dos pemakanan :
Dewasa:
8 biji sehari (4 biji pada waktu pagi, 4 biji pada waktu malam)

Kanak-kanak:
4 biji sehari (2 biji pada waktu pagi, 2 biji pada waktu malam)

GAMAT ALOE PROPOLIS GEL & GAMAT ALOE PROPOLIS HAND AND BODY LOTION

GAMAT ALOE PROPOLIS GEL & GAMAT ALOE PROPOLIS HAND AND BODY LOTION

Gabungan tiga jenis ekstrak iaitu Gamat, Propolis dan Aloe Vera

Gamat:
Mengandungi sejenis bahan aktif yang berupaya membantu mempercepatkan pertumbuhan sel kulit dan tisu badan.

Propolis:
Mempunyai fungsi antibiotik semulajadi untuk menggalakkan pemulihan kecederaan kulit yang berjangkit.

Aloe Vera:
Terkenal dengan kebaikan merawat luka, melecur akibat terbakar serta memperbaiki tisu yang rosak.
Gamat Aloe Propolis Gel berkesan bagi mereka yang mengalami luka-luka bersih atau berjangkit, radangan kulit, masalah kulit kering dan kulit sensitif seperti ekzema dan alergi.

Gamat Aloe Propolis Hand & Body Lotion adalah untuk penggunaan harian bagi melindungi kulit daripada iklim panas, kering dan sejuk.

Cara penggunaan Gamat Aloe Propolis Gel :
(UNTUK KEGUNAAN LUAR SAHAJA)Hendaklah disapu pada bahagian bermasalah 2 kali (pagi dan petang) sehari.

Cara Penggunaan Gamat Aloe Propolis Hand and Body Lotion :(UNTUK KEGUNAAN LUAR SAHAJA)Sapukan losyen pada kulit selepas 5 atau 10 minit selepas mandi. Pada masa ini liang-liang pori terbuka dan ia memudahkan penyerapan berlaku. Anda juga boleh menggunakannya pada bila-bila masa dan di mana jua.

MAYFIRST COCOVITE

MAYFIRST COCOVITE

MayFirst Yusnisi Aroma Medic oil

Masalah Sistem Pernafasan dan sakit kepala mengganggu kehidupan seharian
Masalah sistem pernafasan seperti lelah, batuk, selsema dan hidung tersumbat menggangu kehidupan seharian. Selsema memberi simptom seperti kerap bersin, hidung berair, dan tersumbat berlaku di dalam cuaca sejuk dan amat sensitif bagi individu yang mengalami resdung. Sakit kepala dan pening-pening berlaku disebabkan inflamasi saraf di dalam otak. Otot di bahagian kepala menjadi tegang, mengecut dan terasa sakit.

MayFirst Yusnisi Aroma Medic Oil Memberi Kelegaan Pantas dan Meyakinkan
Keadaan ini boleh diatasi dengan menyapu MayFirst Yusnisi Aroma Medic Oil pada bahagian yang sakit. Minyak unik ini dirumus daripada bahan seperti Wintergreen, Eucalyptus oil, camphor dan menthol untuk memberi kelegaan yang cepat dengan sangat mujarab. Berbeza dengan minyak medik yang lain, ia diperkayakan dengan minyak Lavender untuk memberi rangsangan aroma stimulasi. Anda berasa segar bila menggunakan Yusnisi Aroma Medic Oil.

Cara penggunaan:
Sapu jumlah secukupnya pada bahagian yang sakit.

MayFirst Yusnisi Aroma Massage Oil With Beta Carotene
Lenguh-Lenguh dan Sakit Sendi Disebabkan oleh Radangan Saraf
Lenguh-lenguh dan sakit sendi berlaku disebabkan oleh radangan saraf di dalam sendi dan otot. Sendi menjadi panas, bengkak dan kemerahan. Radangan sendi boleh berpunca daripada asid urik, badan yang panas (demam), bengkak atau tekanan pada sendi. Kesakitan otot pula boleh disebabkan oleh kekejangan dan terlalu letih. Otot menjadi tegang, keras dan terasa sakit.

Kesakitan otot dan sendi berlaku setiap masa dan pada semua peringkat usia. Ia tidak diduga dan sakit secara tiba-tiba.
MayFirst Yusnisi Aroma Massage Oil Memberi Kelegaan Segera

MayFirst Yusnisi Aroma Massage Oil dirumus khas untuk melegakan sakit sendi dan otot. Minyak gosok ini tidak perlu digosok, tidak melekit dan tidak berbau. Minyak unik ini menyerap pantas sehingga ke dalam otot dan sendi untuk menghilangkan inflamasi dan kesakitan dengan segera. Anda mendapat kelegaan efektif dengan MayFirst Yusnisi Aroma Massage Oil.

Cara Penggunaan :
Sapu atau sembur jumlah yang secukupnya pada bahagian yang sakit

Nota :Sekiranya berlaku melecur atau terbakar kulit, sembur dengan segera MayFirst Yusnisi Massage Oil pada bahagian tersebut.

MAYFIRST YUSNISI

MAYFIRST YUSNISI

Broser Jan 2010

Broser Jan 2010